Monday 5 October 2020

RAKAMAN INDIVIDU MELUNCUR OMBAK BESAR BUAT RAMAI KECUT PERUT..

Lautan adalah sumber kehidupan Bumi, yang meliputi lebih dari 70% permukaan planet, mengawal cuaca, mengatur suhu dan menyokong semua organisma hidup. 

Sepanjang sejarah, lautan telah menjadi sumber makanan, pengangkutan, perdagangan, pertumbuhan, dan inspirasi penting kepada kehidupan manusia. 👱👳👳

Namun dengan semua pergantungan kita pada lautan, lebih daripada 80% dunia lautan yang luas ini masih belum dipetakan, tidak diawasi, dan belum diterokai. Ini membuatkan lautan kelihatan sangat menakutkan bagi kita semua, lebih-lebih lagi dengan sifatnya yang tidak menentu.

Tetapi bagi sebilangan individu, ia adalah cabaran besar atau pengembaraan baru yang perlu mereka lalui. Seperti baru-baru ini, bekas pemain NBA Rex Chapman berkongsikan rakaman seorang peluncur air mengatasi ombak besar di perairan pantai Portugal.

Sebastian Steudtner, seorang peluncur profesional dari Jerman, menakluk ombak besar yang dianggarkan setinggi 35 meter di kawasan Silver Coast di Portugal, dan video perjalanannya membuat ramai kecut perut. 😱😱😱😱




Walaupun mengikut standard Steudtner yang menggambarkan dirinya sebagai ‘peluncur ombak besar profesional’, dia mengatakan bahawa pengalaman itu tidak dapat dilupakan dan merupakan salah satu hari bersejarah buatnya.

Dia juga menggambarkan ombak itu sama seperti ketinggian pangsapuri, dan aksinya itu bukan sahaja memerlukan kemahiran yang tinggi tetapi juga komitmen dalam diri. Pastinya bukan calang-calang peluncur yang dapat beraksi seperti Aquaman di lautan sambil menguasai ombak sebesar itu.



No comments:

Post a Comment