Monday 26 October 2020

5 SENARAI GEREJA DI DUNIA YANG DAHULUNYA MERUPAKAN MASJID

Pernah anda melihat masjid bertuka gereja? Ini merupakan 5 senarai di mana pada dahulunya adalah sebuah masjid tetapi telah ditukarkan menjadi gereja disebabkan beberapa perkara menurut Wikipedia.

Di Portugis, terdapat sebuah gereja yang dinamakan Igreja Nossa Senhora da Anunciação. Gereja ini dulunya merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar abad ke 12, dikenali dengan nama Masjid Mertola dan bertukar menjadi gereja pada abad ke 13.


Masjid Sarayli dibina semasa era kerajaan Uthmaniyah satu masa dulu. Kini bekas masjid ini digelarkan sebagai The Church of Profitis Elias yang juga merupakan salah satu tapak warisan dunia, di bawah UNESCO. Masjid ini dinamakan sebagai Sarayli Camii, yang bermakna ‘Masjid Istana’ dalam bahasa Greek.


Koca Mehmed Pasha Mosque (Masjid Hitam) dibina pada tahun 1528 oleh Raja Sulaiman semasa era pemerintahan Empayar Uthmaniyah. Bangunan masjid itu ditinggalkan selepas berlakunya revolusi di Bulgaria pada penghujung abad ke 19. Berikutan kosong, masjid itu mula digunakan sebagai gudang simpanan senjata dan penjara.

Seorang arkitek Russia mencadangkan agar masjid tersebut ditukarkan menjadi sebuah gereja Kristian pada tahun 1901 dan diberi nama Sveti Sedmochislenitsi Church of Sofia, Bulgaria.

Cathedral of Our Lady of the Assumption adalah bangunan bekas Masjid Besar Cordoba yang dibina semasa kerajaan Islam menguasai Sepanyol sekitar penghujung abad ke 8 oleh Abdul Rahman I. Selepas kejatuhan kerajaan Islam, Masjid Besar Cordoba jatuh ke tangan orang Kristian yang menukarkannya menjadi gereja sehingga ke hari ini.

Dibina pada abad ke 13, Masjid Al-Ahmar atau ‘Masjid Merah’ yang terletak di Safad tidak bertukar menjadi gerjea, tetapi telah ditukarkan menjadi sebuah kelab malam. Selepas peristiwa penghijrahan masyarakat Yahudi beramai-ramai ke Palestin, majlis perbandaran Safad membenarkan pembukaan kelab malam di situ dan dibuka untuk kunjungan warga Israel sejak bulan April 2019.

Berikut adalah senarai masjid yang ditukarkan kepada gereja pada zaman dahulu. Anda boleh melihat senarai yang lain di laman Wikipedia.










No comments:

Post a Comment