Thursday 9 February 2017

Pelik! Wanita Tertidur Dalam Air!

Polis di bandar Wenling, Wilayah Zhejiang, China dipenuhi orang ramai dengan panggilan telefon dari orang ramai kerana terlihat mayat terapung di dalam sungai. Pihak polis bergegas ke tempat kejadian dan dilaporkan mendapati tubuh seorang wanita muda terapung di atas air.


Dan yang peliknya, sebenarnya wanita itu tidak mati tetapi hanya tertidur di atas permukaan air selama 40 minit. Yang peliknya wanita itu TERTIDUR. AMAZZIINGGG !!!!!!

Seperti yang dilaporkan dalam Rocketnews, insiden itu berlaku selepas wanita itu bertengkar dengan semuanya dirumah.

Dalam tengah dalam keadaan kerisauan, wanita tersebut menelan 20 butir ubat dan kemudian berjalan sendiri untuk meredakan kemarahan.

Wanita tersebut tidak mengambil kira faktor kesan sampingan yang ada dan ketika berjalan dia mengalami rasa perasaan mengantuk yang amat sangat luar biasa. Dengan rasa tidak dapat tahan mengantuk, dia terjatuh dalam sungai yang kebetulan dilaluinya itu.

Perkara terakhir yang diingati, tercekik di leher selepas jatuh ke dalam air dengan perasaan yang terlampau mengantuk, dia pun terlelap.

Kiranya wanita itu beruntung kerana tubuhnya mampu terapung di atas air dengan tenang dan tidak tenggelam.

Ramai saksi mengatakan wanita tersebut berada di permukaan air dalam keadaan tersebut selama 40 minit sebelum polis tiba.









No comments:

Post a Comment